Wednesday, August 4, 2010

Berhati2 Dengan Solat Anda..

“Wahai yang empunya diri, sudahkah selesai mendirikan solat?”

  • “Sudah, Alhamdulillah.
Apakah kamu telah berniat dan mengangkat takbir ketika
memulakan solatmu?”
  • “Ya.”
Apakah ketika kamu memasang niat dan mengangkat takbir itu,
kamu rasakan itu mungkin solatmu yang terakhir,
kerana mati boleh menjemputmu bila-bila masa?”
  • “Tidak..”
.“Adakah ketika lidahmu menyebut ‘Allahu akbar’,
hatimu turut membesarkan Allah?”
  • “Tidak..”
“Kalau begitu, kamu tidak benar-benar berniat dan mengangkat takbir.”
  • “….”
“Ketika lidahmu melafazkan doa iftitah, adakah kamu mengiyakannya
bahawa hidupmu dan matimu hanya untuk Allah yang Esa?”
  • “Tidak..”
“Ketika surah al-Fatihah kamu baca, adakah hatimu bersyukur kepada Allah,
Tuhan yang kamu sembah dan tempat meminta pertolongan,
lantas kamu memohon diberi petunjuk ke jalan yang diredahi-NYA
dan dijauhkan dari jalan yang sesat lagi dimurkai-NYA?”
  • “Tidak..”
“Kalau begitu, kamu sebenarnya tidak membaca apa-apa dalam solatmu.”
  • “….”
.
“Adakah kamu telah menyempurnakan rukuk dan sujud serta menjaga
pergerakanmu agar tidak mendahului iman?”
  • “Ya.”
“Dan ketika rukuk dan sujud itu, adakah hatimu tunduk dengan penuh rasa hina
diri ke hadrat Allah dan benar-benar merasakan kebesaran-NYA
dan kamu merasakan Allah melihatmu dan menilai solat yang sedang kamu kerjakan?”
  • “Tidak..”
“Kalai begitu, kamu sebenarnya tidak rukuk dan sujud.”
  • “…”
“Dalam solatmu, adakah kamu berniat mendekatkan diri kepada
Allah dengan mengerjakan sesuatu amalan juga kebaikan yang paling utama?”
  • “Tidak..”
.
“Dan ketika kamu akhiri solatmu dengan ucapan salam,
adakah hatimu berasa takut kalau-kalau solat yang baru kamu kerjakan
tidak diterima Allah lalu amalan itu dilemparkan kembali ke mukamu,
di samping menaruh harapan agar Dia mahu menilai solatmu
sebagai pengabadian darimu?”
  • “Tidak..”
“Kalau begitu, kamu sebenarnya tidak mendirikan solat keranaNYA
dan tidak pula mengingati dan mendekatkan dirimu dengan Allah melalui solatmu”.
Berhati-hatilah kerana Allah telah berfirman:
  • ‘Neraka Wail bagi orang yang solat, yang mereka itu lalai dalam solatnya.’
(Al-Ma’un”: Ayat 4-5)

“Astaghfirullahal azim…Ya Allah, berilah aku kekuatan untuk
memperbaiki solatku dan menjadikannya wadah untuk tambah
dekat dan hampir dengan-Mu.”

0 comments: